Daisypath - Anniversary

Monday, December 15, 2008

PENA AZRA:: Al-Fatihah to Arwahyarhamah Kak Zarina.. ;'<

Hari ini, dalam kesibukan aku berkerja menyiapkan kerja aku yang bertimbun setelah 3 hari bercuti dan kesibukan aku utk preparation meeting esok, aku dikejutkan dengan berita yg disampaikan oleh my Colleage, Yana.

Seorang bekas staff our department (later she's transferred to Ministry of Finance after her promotion to F48), Pn. Zarina @ Kak Zarina telah kembali ke Rahmatullah pada sabtu yang lepas.
I am totally surprised of this. Unexpected. Innalillah.. Arwah meninggal setelah lama menderita Brain Tumor.

Aku sempat bersama-sama Arwah dalam lebih kurang 3 minggu je (3 minggu after aku mula bekerja before she transferred to MOF). And dlm tempoh 3 minggu tu gak aku agak mengenali rapat dengan Arwah. Arwah Kak Zarina adalah officer yang menyandang tugas aku sebelum aku mengambil-alih tugas tersebut dari Arwah. N dalam masa 2 minggu tempoh peralihan, Arwah banyak mengajar aku, membimbing dan melatih aku dalam hal-hal yang berkaitan tugas yang bakal aku ambil alih dari beliau ketika itu (tugas itu aku telah lakukan sehingga kini).

Sepanjang aku mengenali arwah dan belajar macam2 benda dari beliau, aku tak pernah tau Arwah menghidap Brain Tumor. Sebab die seorang yang ceria n cool. Die tak kelihatan seperti sakit. Aku dapat tau pn dr Bos kami, Pn. Normala yang tak sengaja pernah ada cerita serba sdkt tentang Arwah dan penyakitnya.

N aku sgt kesian dengan anaknya, Aqilah yang masih kecil dan manja dengan ibunya. Aku tak tau apa jadi dengan Si kecil Aqilah itu. semoga tuhan memberi rahmat dan hikmah atas segala kesedihan yang dirasainya.

Aku cuma dapat insaf dengan apa yang berlaku. Ajal maut di tangan tuhan. Mau atau tak mau kite harus menerimanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Arwahyarmah Kak Zarina. Aminn.

Al-Fatihah..

No comments: