Wednesday, December 24, 2008

Histeria


Hari Sabtu lepas, bosan-bosan aku mengajak seorang kawan aku gi tengok on-showing movie.

Aku ajak Norul, kawan aku yg duk kat Putrajaya ni.

Well, Norul classmate aku kat KMJ dulu (dan juga geng aku), n lucky we'v been in same UKM during degree. Tapi Norul amek Biotech meanwhile I am taken Chemistry. She's now a contract PTD at Federal Ministry.

Kitorang tengok movie Histeria arahan James Lee. Seram siot. Tak sanggup nak tengok lame-lame hantu die n mayat-mayat yang dah mati tu. Giler gerunn. make-up dorang mmg real. alute ar!

Movie duration:1jam40min - ok la, puas ati, yang penting worth it!

Komen aku: Filem Scary Malaysia yang menjadi n kualiti - I mean bagi stage perfileman Malaysia la - kire boleh compete ngan filem seram negara-negara lain gak.

Best. U shud watch it I tell U!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sedikit info pasal filem Histeria.

Pengarah - James Lee
Syarikat penerbitan - Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Watak utama
Liyana Jasmay sebagai Murni
Scha sebagai Alissa
Noris Ali sebagai Kerek
Ainul Aishah sebagai Marina
Ayu sebagai Junita
Naftalya sebagai Tini
Ady Putra sebagai Mr. Brandon

Watak pembantu
Kazaar Saisi sebagai tukang kebun
Vanidah Imran sebagai ustazah
Adlin Aman Ramlie sebagai cikgu disiplin
Adman Salleh sebagai guru besar
M.Rajoli sebagai bomoh
Ramli Hassan sebagai pakar psikiatri
Namron sebagai detektif polis


Gambar: barisan pelakon Histeria bersama pengarah, James Lee
Sinopsis

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

No comments: