Wednesday, December 31, 2008

CORETAN: Mimpi Nan Meresah Jiwa~ (Note: No translation in English)

Hari ni ntah camne aku bangun lambat. Dekat pukul 8 baru terbangun.

Tu pn bangun secara terkejut, n bagun2 je tgk2 da lewat da. N kepala rasa sakit sangat after bangun. Biasa org kate kalau bangun dlm keadaan terkejut, kepala akan rase sakit sangat.

Tambah-tambah pulak aku mimpi pelik-pelik mase tido, n terbangun dlm keadaan terkejut.

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu mimpi teruk2, pelik2, n tak best. Tak tau kenapa.

Hari Ahad baru-baru ni pun aku mimpi sesuatu yang sangat2 tak best. And mimpi tu melibatkan seseorang yang sangat rapat dengan aku.

Cite mimpi tu tak payah la aku cite kan kat sini. Tak enak untuk diceritakan. Kesudahan mimpi tu sgt2 sedih tapi tergantung. Mimpi tu end mcm tu je bile aku terbangun dari tido. Adess~

Petang isnin baru-baru ni lak, aku berniat nak tido jap. Da lame sebenarnye tak tido petang, more exact da lame aku tak tido siang ni semenjak da keje ni walaupun hari weekend.

Aku terbangun dari tido petang tu secara tiba2, tu pn after mimpi pelik aku end. Kali ni aku mimpikan seseorang yang lain yang aku tengah berkrisis dengannya wat masa ni.

Dalam mimpi tu, camne ntah kitorang leyh terjumpa kat mane2 ntah, then dengan tak puas hati aku tanya die pasal hal krisis yang sedang kitorang alami sekarang ni. Dan die juga menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap aku tanpa die soal selidik hal tu.

And ade la kronologi-kronologi kisah kami itu dlm mimpi tu. Tapi mimpi tu pun takde solution nye. End mcm tu je. And aku bangun pun dekat-dekat maghrib dah.

Ahh. Mimpi itu mainan tidur. Mainan syaitan. Aku tak suke sebenarnya tido petang-petang sebab memang tak elok pun. tapi hari tu memang tak tahan ngantuk nye.

Aku terfikir, kan best kalau mimpi tu jadi realiti. Krisis yang dialami dapat dirungkaikan seliratnye. Tapi tak tau la. Aku malas nak fikir lagi.

Malam tadi aku mimpi pelik-pelik lagi.

Isy kenapa la aku asyik mimpi pelik2 je akhir-akhir ni. Akhir-akhir 2008 ni.

Aku terfikir sendiri. Dah lama aku tak baca Al-Quran. Kitab suci junjungan Nabi itu. Dah few months gak aku tak membaca kalimah Allah itu. Astagfirullah.

Aku terasa nak baca kitab suci itu, menjernihkan hati aku yang kurang tenteram sejak-sejak akhir ini. Bukan sebab penenang jiwa saje. Tapi memang tanggung jawab kite sebagai umat Islam, wajib membaca dan menjunjung kitab suci agama itu. Bukan sebagai perhiasan semata-mata.

Esok 2008 menjengah kita. Menutup diari 2008 untuk selama-lamanya, kenangan pahit-manis, segala apa yang kita lakukan hanya akan terpalit dalam ingatan. Tak akan pupus memori itu.

Semoga 2009 yang bakal bertandang dan melabuhkan sauhnya untuk lembaran baru memberi kehidupan yang lebih bermakna dan membawa sejuta kejayaan, kegembiraan, dan kenangan yang lebih manis.

Sayounara 2008~
Welcome home 2009~

No comments: