Thursday, January 29, 2009

Suatu Ketika Dulu

Hari ini aku gi Cheras Leisure Mall after work.

Ade misi.

Nak cari something urgent.

A precious book.

Actually buku ini aku da trace kat several bookstore, tapi hampes.

Takde stok. sume abes dijual.

Memang edisi terhad.

Aku da pegi beberapa bookstore femes2 - MPH, POPULAR,CZIPLEE, sume abes. hua~

Last skali aku aim nak gi POPULAR kat Leisure Mall.

Tak jauh pn, kalau lancar and tak jam 30min or shorter boleh sampai -> ikut Putrajaya - Kajang Silk and Kajang - Cheras Highway.

Tapi memandangkan hari tu hujan agak lebat gak, so of cos perjalanan terbatas.

Sampai2 LM je dah tak pike ape, tros terjah msuk dalam POPULAR.

Teruskan misi cari buku tu.

Kecewa.

Abes stok lagi.

*See, told ya dear?*

OK2, fine. Takpe, memang takde rezeki.

Memang buku tu da abes kot. Sebab sume kedai da abes stok die.

Hurm, pasrah je la.

Oh, reader.

Kisahnya bukan kekecewaan kerna misi yang tidak tercapai

Ade satu cerita lagi di sebalik tajuk entri kali ni.

Leisure Mall.

Sebut nama ini teringat kenangan lalu.

Kali terakhir aku jejakkan kaki ke mall ni, beberapa tahun yg lepas - iaitu zaman skola menengah aku.

Schoolhood dulu (SM Sains Selangor, KL) beberapa kali gak jejak kaki ke sini.

Tapi kebanyakannya secara haram. Illegal.

Atau di kalangan student skola aku time tu (i bet student nowadays pun) panggil jenayah ini sebagai 'FLY'. Yeah, flying without wing.

Skola aku fully boarding school. Memang tak boleh keluar melainkan 'Balik Bermalam' and 'Outing' je.

Tp, kami bukan budak 100% baik yang hanya ikut apabila dicucuk hidung.

Kami juga mahu dambakan kebebasan. Atau lebih tepat kami turuti darah muda remaja kami. Tapi cara berhemah dan professional.

Pandai buat, pandai simpan.

Dan bertuah sungguh, selama kami melakukan 'jenayah' FLY itu, belum lagi terkantoi. Kami ini merujuk kepada golongan yang masih berbuat jenayah FLY tapi sekadar amatur bukan secara veteran.

Yang veteran (seminggu 4-5 kali fly) selalu akan kecundang apabila terkantoi dek warden,cikgu2, prefect, kawan2, senior2, junior atau mungkin pengetua sendiri.

Leisure Mall.

Yang paling tak boleh lupa, satu peristiwa ni.

Fly (escape) ke Leisure Mall pd awal petang birthday aku yang ke-17.

Maghrib balik bawak pulang birthday cake untuk diraikan bersama-sama rakan sekelas.

"mana ko dapat kek ni?" sangsi beberapa rakan-rakan lain.

"mak aku datang hantar tadi"

*selamba*

memang berani mati.

Hari birthday aku, tapi berani-berani bolos tembok skola aku sampai ke Leisure Mall.

Rakan sejenayah bersama-sama Mazuin.

Tapi selamat kembali ke perkarangan sekolah tanpa ade sedikit pun curiga atau pandangan orang lain.

Itu kenangan lalu.

Kenangan lalu selalunya indah-indah.

Walaupun nawaitu tidak semestinya betul.

Tapi setiap hari, setiap detik memang indah. Asalkan kita ingat kenangan itu sebagai indah, pasti ia akan menjadi serba indah.

=)

No comments: