Monday, April 6, 2009

Perdana Menteri

Belum terlambat jika saya ingin mengucapkan Tahniah n Syabas kepada Perdana Menteri kita yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak atas mandat dan pelantikan beliau dalam menerajui Malaysia bermula 2 April 2009. Selamat Maju Jaya diucapkan. Semoga Malaysia terus maju di bawah kepimpinan beliau.



Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memberi sepenuh kepercayaan kepada pemimpin kita untuk menerajui Negara kita, kerana kepercayaan rakyat adalah kunci kejayaan seseorang pemimpin itu. Pandang sesuatu dari sudut yang positif. Dan teruskan berdoa agar Malaysia terus aman dan damai dan semakin maju di bawah kepimpinan PM kita yang ke-6 ini.

Semenjak lahirnya saya di muka bumi ini, saya sempat membesar dan merasai pembangunan Negara di bawah pimpinan 3 perdana menteri; 1) Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2) Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak lah) dan yang latest 3) Datuk Seri Najib Tun Razak. And I admit, dalam 3 pemimpin tersohor ini, saya paling suka, hormat, kagum dan terus menyokong dan mengidolakan perdana menteri kta yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Walaupun sepanjang kepimpinan beliau saya masih di bangku sekolah dan tidak tahu apa-apa tentang politik, tapi saya mampu merasa semangat perjuangan beliau dalam membangunkan Malaysia dan membawa Malaysia ke persada antarabangsa. Lihat sahaja sebahagian besar pembangunan yang ada di Malaysia sekarang. Semua hasil sumbangan, idea dan titik peluh Tun Dr. Mahathir.



Saya masih ingat lagi, masa saya form4, time tu attend BTN untuk kursus wajib form4 sekolah saya. Dan time tu jugak sedang hangat berlangsungnya FIFA World Cup di Jepun. Time tu jugak buat pertama kali Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman yang menggemparkan Malaysia untuk meletakkan jawatan PM semasa perhimpunan agung UMNO. Tapi hasrat beliau dihalang oleh semua barisan tertinggi UMNO dan kabinet lain. Satu Malaysia terkejut dengan pengumuman beliau. Dan paling saya ingat saya n kawan2 (kami baru form 4) menangis apabila mendengar berita tersebut dari fasilitator BTN malam tu. Kat BTN, tiada TV maka kami dapat berita ini dari fasi yang tiba2 membuat announcement (padahal malam tu kami ada sesi ceramah sebenarnya). Kami semua menangis sebab terkejut n sedih dengan berita tu. Rasa kehilangan yang sangat besar. Alhamdulillah beberapa minit lepas tu fasi membuat pengumuman sekali lagi Tun Dr. Mahathir telah menangguhkan niatnya untuk meletakkan jawatan setelah dinasihati oleh beberapa orang kuat kerajaan.



Ok, itu kisah lalu. My point is, walaupun zaman pemerintahan Tun Mahathir dah berlalu, tapi jasa, sumbangan n semangat beliau takkan saya lupa n saya jadikan inspirasi dalam hidup saya.

Masih tidak terlambat juga saya ucapkan Selamat Bersara buat Pak Lah, PM kita yang ke-5. Terima kasih atas sumbangan beliau dalam memajukan Negara sepanjang lebih 5 tahun Malaysia di bawah pimpinan beliau. Saya bukan dan tidak mahu jadi bangsa durhaka. Walau macam mana pun, beliau tetap pernah menjadi pemimpin Negara kita. Walau macam mana pun tanggapan orang terhapap cara pemerintahan beliau, tapi bagi saya kita sebagai rakyat harus taat setia pada pemimpin dan memberi kepercayaan selain sokongan dalam apa jua bentuk sama ada nasihat, idea, tenaga, perkhidmatan dan sebagainya.



Walaupun mungkin kita tidak nampak impak pembangunan Pak Lah sepanjang pemerintahan beliau, tapi sedikit sebanyak beliau memberi sumbangan dalam pembangunan negara terutama pembangunan insaniah. Saya percaya setiap pemimpin ada cara masing-masing dalam memerintah dan memimpin. Sekurang-kurangnya Pak Lah tidak mempunyai masalah peribadi dengan orang lain. Sesiapa yang pernah bekerja dengan beliau, sudah sedia maklum dengan peribadi beliau yang berbudi pekerti yang halus dan baik. Beliau seorang yang lemah lembut. Mungkin sebab itu rakyat kurang nampak sumbangan beliau kerana beliau jarang menunjukkan taring dan ketegasannya.
Apa-apa pun terima kasih Pak Lah kerana pernah memimpin dan membangunkan Malaysia sehingga ke saat ini.

Macam yang telah saya katakan tadi, saya percaya setiap pemimpin ada cara masing-masing untuk memimpin. Saya juga pernah jadi pemimpin n public figure semasa di university (UKM) tahun 2007 n 2008. Saya tidak sesekali mengikut corak pemimpinan pemimpin sebelum saya tetapi cuba untuk jadi yang lebih baik. Dan saya juga tidak sesekali mengharapkan atau meminta pemimpin selepas saya untuk mengikut cara saya memimpin.

Ya, setiap orang di dunia adalah pemimpin sebagaimana Allah telah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Dan setiap orang ada keunikan masing-masing. Maka, gunakanlah keunikan itu untu menjadi pemimpin yang baik. Keunikan itulah yang membezakan kita dari setiap manusia yang lain. Dan kita sebagai pangikut yang setia, beri seluruh kepercayaan dan sokongan buat pemimpin kita, kerana saya yakin semangat untuk memimpin dalam diri seseorang pemimpin itu datangnya dari sokongan padu dan kepercayaan utuh pengikut-pengikutnya.

Titik bicara untuk kali ini.

Terima kasih Pak Lah dan selamat bersara.

Selamat bertugas Datuk Najib dan All the best!



Saya hanya berdoa Malaysia akan kekal aman dan makmur and semakin maju di persada antara bangsa!



With Love,
---{@ Lady Azra@Zera @}---

No comments: