Monday, April 13, 2009

Monolog 3



=== SATU KETIKA ITU ===


Satu ketika itu, kamu datang padaku.

Dalam nada biasa. Dalam arus yang mengalir perlahan dan biasa.

Satu ketika itu, aku pandang kamu dengan hati gelap. Hitam pekat dan gelap yang lama tidak bersuluh.

Tapi kamu cuba suluh ruang gelap itu. Sedikit demi sedikit.

Tapi hati gelap aku bukan sahaja gelita tapi keras seperti batu, malah lebih perkasa dari batu.

Kamu sudah suluh dengan lampu kamu, tapi kamu masih belum buka hati batu aku yang terkunci rapat.

Satu ketika itu, aku rasa hati aku sudah terang sedikit dengan sinar kamu. Ada sedikit kecerahan, walau bukan semua.

Tahniah buat kamu. Kamu bagi aku sedikit sinar. Terima kasih buat kamu.

Sinar kamu buat aku terpegun seketika.

Cahaya kamu buat aku tersenyum sebentar.

Nian kamu buat hati aku terhibur sekilas.

Ya, sekilas cuma.

Aku hadkan hati aku kerna aku bimbang, aku takut.

Aku cuba, tapi memang ada benteng besar dalam hati aku. Tembok besar itu, gagah dan maha hebat.

Satu ketika itu, kala aku sudah terseyum,

Kala aku sudah susun bait-bait indah dalam hidup aku,

Kala aku menari-menari riang bertemankan bintang dan bulan sepanjang perjalananku,

Ketika itu pula aku terhantuk.

I’ve been into an accident.

Sakit. Ya, aku sakit.

Kamu pernah tak dengar kisah bila orang kemalangan dan ada kompilasi di otaknya, selepas itu dia semacam berubah jadi seseorang yang lain.

Ohh, aku rasa macam aku hampir alami kisah yang satu itu.

Tapi aku bukan hilang ingatan, bukan hilang akal dan pertimbangan.

Tapi aku lebih berfikir. Lebih mendalami hati dan akal fikiranku.

Serentak dengan itu pula, bum!!!

Tembok besar itu jatuh menghimpit segenap ruang hati kecil aku.

Tembok penghadang gagah itu puncanya dari kamu.

Kamu faham kan?

Aku pernah bicara pada kamu. Kamu itu dan ini. Aku ini dan itu.

Dan kamu mendengar sahaja. Tapi kamu?

Aku suka tersenyum ketika itu. Tapi bila aku tanya hati dan akal, aku terhenti senyum. Bukan aku yang berhenti, tapi dia terhenti.

Sorry I’ve no confidence.

Dan aku pandang kamu macam aku tenung dinding tembok hati aku. Ada corak riang pada dinding buat mata aku boleh dan terus memandang, tapi dinding itu tetap teguh berdiri yang kalau kamu terus pandang, tetap kosong dan tegap begitu sahaja.

Lantas aku bicara lagi pada kamu. Atas kewarasan akal fikiran, dan ihsan hati.

Biar arus mengalir tenang, perlahan dan damai.

Tiada paksaan.

Aku percaya air sungai yang mengalir perlahan itu, sudah fitrah kejadiannya. Bukan ada batu-batu sungai, atau lembah sungai atau fauna sungai yang bisa kerah sungai itu untuk mengalir lebih deras.

Macam juga angin yang bertiup. Kalau Tuhan sudah jadikan angin itu bertiup perlahan dan nyaman, bisakah kita paksa untuk angin itu bertiup lebih kencang lalu datang ribut dan petaka.

Itu ketentuan Tuhan.

Kita harus percaya pada Tuhan, pada kejadian, ketentuan, qada’ dan qaqar Tuhan.

Biar masa seiring ketentuan Tuhan itu, serta perancangan dan doa kita.

Suatu ketika itu sehingga kini.

Aku dan kamu.

-Pen Off-




With Love,
---{@ Lady Azra@Zera @}---

No comments: