Wednesday, March 18, 2009

Monolog 1





*KU BERLARI*


Ku berlari dan berlari

Menyusur jalanan lurus, tapi ah!

Jalan itu tidak selama-lamanya lurus.

Ada liku.

Ada lembah dan lereng.

Ada jurang.


Saat aku hampiri liku itu,

Saat aku dekati lembah dan lereng itu,

Saat aku mahu tersungkur ke dalam jurang,

Kau datang mengulur tangan menggapai kejatuhan,

Ada sinar ikhlas, tapi aku kurang percaya.

Bukan aku tak percaya, tapi kurang yakin.


Kenapa perlu kau hulur tanganmu.

Kenapa tidak dibiarkan sahaja aku rebah tidak terbangun.

Biar sahaja aku kebah longlai.

Tapi kau tetap tidak biarkan.


Andai aku sambut tanganmu,

Adakah kau titipkan sekelumit harapan?

Adakah kau tanam kuntum bunga mekar yang hanya tidak perlu berputik.

Tidak perlu kau baja.

Aku sambut hanya kerana sinar ikhlasmu.

Hanya kerana tulus wajahmu.

Tapi bukan bermaksud aku damba tulus itu, atau sinar ikhlas itu.


Aku akan terus berlari dan berlari menyusuri jalan di hadapan.

Aku tetap akan melewati dan hadapi ranjau dan onak berduri,

selagi aku masih berlari.

Desak hati kala ingin aku toleh ke belakang,

Tapi aku gagahi untuk tidak toleh ke belakang.

Pedih.

Pilu.

Tidak mahu dikenang.

Tidak mahu dikesal.


Andai aku masih tersungkur ke jurang.

Kau masih mahu gapai tanganku?

Atau andai ada cahaya sinar di ufuk sana,

Ufuk dimensi baru.

Dan sinar ufuk itu membawaku menerjah jurang dan lereng.

Lantas aku berlari semula dengan sinar baru cahaya ufuk itu.

Kau masih menghulur tanganmu?

Atau kau biar sahaja sinar itu menerangi keberlarianku.

Dengan optimis dan pesimis.

Dengan rasional dan professional.

Dengan penghormatan dan kematangan.

Cuma jangan kau kesal.

Dan jangan kau tagih tangis.


Aku juga selalu menangis dalam pelarianku.

Tapi dalam tangis atau tawa ku,

Aku akan terus berlari dan berlari.

Semoga sampai ke penghujungnya,

Dengan sinar ufuk itu yang sentiasa dan terus menerangi, namun tak tahu sampai bila.








With Love,
---{@ Lady Azra@Zera @}---

3 comments:

addyaholix said...

kamu suka puisi?
tulisan kamu makin bagus!

Exa S. said...

duhhh~
sejak bile join kelab hanam nie, azra? :D

LaDy_ZeRa said...

to addyaholix: boleh tahan suke la~ ;)

to eexaa: Da lame da....jz lum terserlah je..hahahah~