Daisypath - Anniversary

Monday, July 13, 2009

MENJAGA HATI..


atau...TERASA HATI??




Mode: Duk diam2, baca, amati, hayati (ceh, ade u all kesah??)
Lagu Tema: Menjaga Hati by Yovi N' Nono (I harap I tak salah eja)


Sepertinya, Si Gadis terasa hati. Atau mungkin dia terlalu menjaga hati?
Si Gadis telah berjumpa Si Teruna dan makan2 bersama-sama lepas waktu kerja beberapa hari yang lepas. Perasaan Si Gadis = Happy (kerana mereka lama tak makan bersama-sama dan berborak2 secara live seperti itu).

Kali ini perasaan Si Gadis dah sikit transformed (bukan menjadi autobot ye tuan-tuan dan puan-puan). Dia cuba (sebetulnya secara tak sengaja) terbuka sedikit ruang hati kecil akan kehadiran Si Teruna dalam hidupnya walaupun sebelum itu dia cuba menafikannya.

Tapi beberapa hari ni, Si Gadis selalu berfikir (bukan secara serius, tapi secara light N' easy). Berbulan-bulan mereka tak semesra dahulu seperti awal perkenalan mereka, yang dulunya 'kekasih dan mesra' kini 'teman tapi mesra'.

Tetapi selepas berbulan2 itu, Si Gadis kembali berfikir, berfikir dari perasaan (akal+hati). 'Kalau betul2 Si Teruna pergi dari hidup kau, apa yang kau rasa wahai Si Gadis?'. Seems like Si Gadis belum bersedia melepaskan Si Teruna, atau mungkin Si Gadis merasakan dia masih perlukan Si Teruna dalam hidup, she solely don't know wut she feels.

Hari itu, semasa sesi lepak+makan2, Si Gadis notice this 1 thing. Si Teruna macam lain. Mungkin dah transform jugak atas pengaruh transformer. Oh stop that crap. Sila jangan mengarut ok.

Pointnya di sini, Si Gadis ada sedikit TERASA HATI dengan reaksi Si Teruna yang less reaction to her, Si Teruna tidak lagi teruja seperti sebelum2 ini apabila mereka bersua muka, SI Teruna datang dengan senyum seribu bahagia - walaupun hakikatnya ketika itu mereka tidak lagi bersama - hanya teman tapi mesra - dan disebalik hubungan teman tapi mesra mereka, whenever SI Gadis mengajak berjumpa atau keluar bersama Si Teruna akan sangat2 excited dan seronok kerana dalam hatinya Si Teruna masih menyimpan hati pada SI Gadis, masih menyimpan secebis harapan terhadap Si Gadis. Si Teruna masih berusaha untuk memenangi kembali hati Si Gadis.

Episod demi episod, hubungan mereka berjalan seperti biasa - teman tapi mesra.

However, in their last meeting, Si Gadis sudah TERASA HATI dengan Si Teruna. Dan Si Gadis terasa sesuatu pergolakan dalam hatinya. Ada getaran dalam jiwanya.

"Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta, yang masih bersemadi untukmu?" - Si Gadis-

"Adakah kau akan pergi di saat hatiku terbuka untukmu" - Si Gadis -

Mungkin Si Gadis akan tercurah air matanya yang dia cuba simpan.

Si Gadis cuba MENJAGA HATInya dan hati Si Teruna.

Si Gadis perlu mencari ketenangan dan pentunjuk jalan.

Semoga Si Gadis menemui jalan yang benar.






With Love,
---{@ Lady Azra@Zera @}---

3 comments:

kdee said...

nice!

wan said...

blh jdik pengarang,,.. leh wt pt time..huhuh...guds

LaDy_ZeRa said...

kdee:
X) X)

k.wan:
angan2 dah ade, cume lum terlaksana je.ahaks~