Monday, June 29, 2009

Hala Tuju


Harini sepatutnya aku register Master after penangguhan last December. Tapi aku hantar sekali lagi surat penangguhan Master - masuk ni dah 2 kali aku tangguh master - in fact offer master just valid for only 2 kali penangguhan - so aku ade sekali lagi peluang penangguhan - so aku tangguh lagi untuk semester berikutnya.
Ikutkan boley je aku ignore je offer master ni.

Tapi saje suke suki hantar lagi surat penangguhan walaupun jauh di sudut hati aku, rasenye aku takkan sambung master dalam masa terdekat disebabkan KOMITMEN HIDUP.

Ya, aku punya alasan untuk berbuat demikian - aku sediakan hikmah sendiri untuk setiap apa yang aku lakukan.

On last 16th December 2008 sepatutnya aku sambung master dalam bidang yang sama aku amek masa degree - tapi sebab pada waktu tu, ada keperluan lebih hebat dan tuntutan lebih penting yang mesti aku lalui. Lagipun aku tengah dalam PTD assessment masa tu, banyak lagi stage kena lalui. Aku taknak bila aku sambung blaja tak dapat nak teruskan dengan cita2 aku tu.



Yes, PTD is my DREAM JOB. Dan bukan senang nak jadi PTD - kena lalui beberapa siri ujian dan tapisan yang susah.
And, alhamdullillah, tindakan yang aku amek btol and ada hikmahnya. Tu pun berkat aku doa2 banyak2, minta pendapat ramai orang, minta petunjuk dari-Nya di saat aku di persimpangan dilema.
Alhamdulillah aku LULUS semua 3 stages sebelum terpilih sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sekarang ni pun aku dah mampu senyum puas dan lega selepas apa yang aku hajati tercapai.

And pada masa aku ditawarkan jawatan ni, masa tu aku dah terima dan faham yang aku takkan sambung Master dalam masa terdekat - walaupun itu pernah jadi perancangan aku dulu.
Ya, memang untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi sentiasa jadi impian aku - further to Master and PhD (kalau larat, ekeke).


TAPI,

Dalam hidup kita sentiasa ada transformasi sejajar dengan keperluan dan situasi kita ketika itu.

Aku,
Grad Degree dalam usia muda, sangat muda. Orang kata, 'enjoy la dulu beb! keja nanti2 la'

Oh, kamoo silap! Aku ini jenis manusia yang tak suka buang masa and tangguh2kan masa. Dalam hidup aku penuh perancangan rapi dan teliti - ada impian dan target yang hendak aku capai.

Dan aku jenis sentiasa mahu maju ke hadapan.


Jangan risau diriku, hajat hendak sambung master itu pasti akan aku tunaikan - maybe after aku dah kawen + dah naik pangkat M48 + dah ada at least 2 anak + dah beli rumah sendiri - pendek kata hidup time tu da betul2 stable la - baru merancang untuk transformasi seterusnya.
Dengan harapan, oh my future hubby, izinkan aku untuk sambung blaja nanti..hee (harap dpt hubby yang sporting and memahami).
Dan,
Sekarang aku sudah jadi seorang pegawai muda - yang kalau orang tengok sekali imbas macam 'Isy budak kecik mana yang nak jadi bos nie'. Tapi orang kata, don't judge a book by its cover. tengok orang la, baru tau beb!


Kalau la aku jadi sambung master, bile la aku nk abes blaja . Pastu duit akan habis untuk belanja pengajian n yuran lain2. Usia pun abes digunakan.
Rasa2 sekarang ni ada agenda lebih penting dalam hidup aku - sebab tu la aku keja dulu - iaitu kumpul duit untuk KAWEN! Haha, tenang2. aku bukan nak kawen sekarang, i mean bukan dlm masa terdekat ni. Tapi sebab2 kawan2 ramai sibuk2 nk kawen, aku pn cm kena tempias gak. Haha.

Lagi satu, kan orang kata sediakan payung sebelum hujan. Nak jadi orang yang berjaya, perancangan kena la awal. ye dak..haha

Ohya, begitu juga pesanan aku untuk sume kaum adam yang masih unmarried, sila2lah kumpul duit anda cepat2 sebab kesian kak GF u all tu dorang taknak couple lama2 tp nk kawen cpt..Bg yang lum ade GF pn, tak salah kumpul duit awal2, nanti da jumpa calon, pe lagi..kawen cepat!takyah pening2 pike pasal duit.ye dak?

AKu? Hurm, dalam usaha ke arah itu..ke arah ape?hehe, ade la..
Tadi pegi UKM hantar surat delay master, ternampak a big crowd of new intake 1st year student - serba biru. Minggu orientasi bermula. Lihat dorang btol2 buat aku leka teringat kisah lama.
*Senyum*
Teringat kisah lama mase mula2 masuk UKM - jadi freshie yang sememangnye fresh.


Aku rindu zaman itu, zaman riang2 jadi junior yang comel2 bersama2 rakan2. Jadi perhatian senior2 sebab biasala budak first year memang sume hal pn jadi perhatian senior2.
Zaman 1st year jadi kanak2 riang yang paling hepy di dunia.
Then jadi senior yang dikenali dan disegani. Junior2 keliling pinggang. Jadi wakil rakyat Ahem, peringkat kolej je.
AKu imbas kembali penat lelah study untuk Degree Chemistry. Study bagai nak rak. Study Chem macam nak pecah kepla dengan buku tebal2 10 inchi. Assignment, quiz, tutor, lab report - sume tu da jadi asam garam aku dan kawan2.
Dalam masa perit dan jerih kami study, kami tetap enjoy student life.
Aku memang tak reti diam. Ke sana ke mari mesti suka involve. Itu memang aku. suKA bermasyarakat.
Rindu semua itu.
Rindu kawan2. Apa khabar kawan2 aku semua?Semoga semua berjaya dalam hidup dan tercapai impian masing2.

AKu akan tersenyum kalau ingat kisah lama kt UKM - especially yang manis n melucukan.


Semuanya ada di sini. Dalam minda aku.
Forever.


p/s: Kali ni entri aku agak panjang, aku dah kata bila aku dah start menulis..hmm camni la jadinya..

With Love,
---{@ Lady Azra@Zera @}---

6 comments:

tHe anIMateD bIJaN said...

the best decision is when u know wat u r doing.

doakan kamu berjaya

^o^

Exa S. said...

uwaaaaaaaaa..sedih plak bc entry nih... we've grown up. :'(

wan said...

huhuhu..nih mesti psl ramai kwn seangkatan maw kawen kan? huhuh.. ayu mmg kak wan tekjutla..cpt sgt2.. tp itula da jodoh nye kuat n cepatkan.. azra bile agi?

LaDy_ZeRa said...

mr.bijan: yup, u'r rite. thnx! (^_^)

eexaa: ya, we've grown up..n i miss a lot our old times!! (T_T)

wan: aah la, cm da rmai nk kwen..azra nnt tnggu da dtg seru..skrg mmg lum sedia lg..huhu

tna said...

panjangnyer entry.....
hihihhh..
winduuuu time study gak!!!!!
rs cam dh tua...huhuh..

kdee said...

eh,tu ckin kan?hahah.dh lama aku xcontact dia