Daisypath - Anniversary

Tuesday, June 2, 2009

A Message to All Smokerz..



Latar belakang

•Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun.
•Sambutan dibuat di peringkat kebangsaan dan negeri dengan pelbagai aktiviti kepada kumpulan sasar sepanjang minggu. Tema Sambutan 2009 “ Amaran Kesihatan Bergambar” (Tobacco Health Warning)
•Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelaksanaan amaran kesihatan bergambar yang merupakan antara usaha paling berkesan dalam menangani epidemik tembakau sedunia.
•WHO menggariskan amaran kesihatan bergambar merangkumi lebih daripada separuh saiz kotak rokok, diletakkan di kedua-dua belah kotak serta disertai dengan gambar.
•Saranan WHO ini bertepatan dengan usaha pihak KKM sendiri yang telah memulakan kempen amaran kesihatan bergambar sejak 1 Januari 2009 dan akan berkuat-kuasa sepenuhnya bermula 1 Jun 2009.

Objektif Sambutan
•Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan perokok dan bukan perokok tentang ancaman kesihatan akibat tabiat merokok
•Untuk menjelaskan kebenaran tentang bahaya merokok agar perokok dan bukan perokok tidak tertipu dengan helah syarikat-syarikat rokok yang cuba mempengaruhi mereka
•Untuk mempromosikan khidmat berhenti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok bagi menghentikan tabiat merokok.Kebaikan Tidak Merokok :
•Hidup lebih sihat
•Sistem imunisasi menjadi lebih kuat
•Menjauhkan diri daripada penyakit
•Tahap kesihatan dan selera makan lebih tinggi.
•Keterampilan fizikal lebih menarik.
•Melindungi orang lain daripada menjadi perokok pasif. •Teladan yang baik untuk anak-anak. •Pendapatan bersih yang lebih bernilai.

TIP MUDAH BERHENTI MEROKOK
•Akui anda perlukan bantuan.
•Pilih tarikh berhenti
•Dapatkan sokongan -awek,keluarga,kawan
•Dapatkan nasihat-doktor

Jika anda terasa ingin merokok :
•Tarik nafas 3 kali perlahan2
•Mengunyah (gegule,buah)
•basuh tangan (tangan basah,so xde ar merokok)
•Postpone merokok ( 5 min ke...bape bape la )
•Minom air masak (elakkan air berkaffein)
•Alihkan perhatian ( wat mende lain)
•Elakkan perokok lain.

Kekalkan Status Bebas Rokok Anda :
•Kekalkan fikiran positif
•Tumpukan pada faedah berhenti merokok
•Amalkan Gaya hidup sihat •Bersenam - 30 min (3x seminggu)
•Dapatkan bantuan jika teringin http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=32

INFOLINE BERHENTI MEROKOK
03-88834400
Isnin-jumaat, 8 pagi - 5 Petang





With Love,
---{@ Lady Azra@Zera @}---

4 comments:

addyaholix said...

dah cuba banyak kali tapi selalu kecundang. haha!

wan said...

bgush..bagushh..huhu..k la tuh..nk kene gtaw my hubby. .kt rmh k jer x merokok..tp bile jmpe kwn2 dia,..fuhhh berlagak sungguh...xthnnnn

tHe anIMateD bIJaN said...

oh. msti psl duk kt bahagian kesihatan ni

=p

LaDy_ZeRa said...

addy: takpe, cuba lg! hee

kak wan: kne bg article ni kt ur hubby la..huhu

bijan: tak la, bukan duk ctu. this is just my concern~