Daisypath - Anniversary

Friday, September 11, 2009

~A Touching Story To Share~

Hye everybody!
Como 'esta?
Hope sehat2 slalu di bulan yang mulia ni. InsyaAllah.
Today I just wanna share you a very touching story. Well the option is yours whether to read it or not. Saya tak paksa.
Even I pun mula2 tu malas nak baca (well actually this story I got from a forwarded email from my fren) sebab tak sempat, in addition email tu takde photo2 menarik, well you know kan when have interesting photos tu la yang attract reader to read.
But hati saya terdetik gak nak baca the story. Don't know why.
And, when I read through the story, air mata saya bergenang.
Sebak.
Sedih.
Sayu.
Cerita ni memang menyentuh perasaan siapa2 yang baca (kecuali manusia yang takde perasaan).
I paste here the story. Up to you nak baca or not. But what I can say is the story is so touching and menginsafkan sekejap.

==========================================================

SEMOGA JADI IKTIBAR…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

==========================================================
How is it? Sedey kan? I baca pun boley bergenang air mata tahan bagi tak mengalir je.
Well, ketahuilah bahawa I memang cukup2 sedih/sebak/pilu dengan golongan2 manusia seperti berikut:
i) Anak yatim / yatim piatu
ii) Orang-orang tua yang dah uzur
iii) Orang yang hidup susah / daif / serba kekurangan / miskin tegar / kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
iv) Baby yang menderita sakit
v) Orang kurang upaya / cacat



Semua golongan manusia ni mampu buat air mata saya mengalir dan insaf.
Sesungguhnya kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan kita harus peka dengan masyarakat sekeliling yang kurang upaya dan kurang berkemampuan. Bantulah golongan ini sedaya mana yang kita mampu. Atau sekurang-kurangnya prihatin dengan nasib golongan ini dan berdoa agar mereka tabah menghadapi liku-liku hidup dan dikurniakan ganjaran di akhirat kelak.



With Love,
---{@ Lady Zera @}---

5 comments:

kdee said...

sedihnye

wan said...

sdeyla..i mane bley thn cite2 gni.. nk2 psl ank2...x kuat sungguh dugaann.. mudah tersentuh ati ini.. sjk bergelar seorg ibu nih...

LaDy_ZeRa said...

kdee:
yea.sedih sgt...aku pn bergenang tau bace cite tu..

k.wan:
betul tu, a mother will try to give the best to her children..u r a good mother kak! insyaAllah~

mic in my earphones said...

mcm citer "children of heaven"

LaDy_ZeRa said...

huhu.. xpnh tgk lg cite tu..mesti sdey kn cte tu..