Asyik dengar orang cerita je. Dah lama memendam keinginan untuk melayan kaki dengan penuh kasih sayang dikelilingi ikan-ikan comel tetapi agak menggelemankan pada mulanya. Hahah.
Mula2 tu I sungguh excited tetapi BERDEBAR-DEBAR gak. Haha lihatlah betapa poyonya saya dan rakan kerana boleh berperasaan berdebar-debar macam lah nak masuk gua harimau atau Rumah Hantu di Genting Highland.
Dan ini masa I mula mencecah kaki ala-ala main air dulu. Wakaka.
Masa mula-mula tu terjerit la jugak. Weh geli nak mamposs weh! Tak boleh control dah walaupun cuba kutahan tapi terjerit kecil jugak, nasib la terjerit kecil kalau terjerit besar mahu terlomat manusia-manusia dalam Spa tu.
Kamu takkan boleh imagine macam mana tak tahan gelinya melainkan jika kamu pernah membuat terapi kaki ini. Sebagai memudahkan imaginasi kami, saya mahu kamu bayangkan kamu tengah tidur dan ada orang usik2 tapak kaki kamu dengan hujung jari atau benda yang halus secara perlahan dan menggelikan.
Rasa geli-geleman itu tak lama. Lama-lama kami sudah adapt. Eceh. Mahu 15-20 minit jugak nak adapt dengan keadaan kaki yang tak tertahan geli tu.
Lihat la betapa coolnya kami selepas tu.
Hahah, poyo lagi.
Rasa kaki cam sihat.
sorry la kakiku sayang, baru hari ini I dapat bagi layanan kat kau.
Lihat tu kaki I kena gigit ikan. Eh apa ntah nama ikan ni, I tak tau pulak. Tak kuasa la nak ingat nama -nama saintifik ikan ni. Kaka.
Spa View.
2 comments:
hahaha..best kn?
best!nak lagi!
Post a Comment